Assalamualaikum!
Wa dgn madam memang keturunan jawa. Wa asal tempat Noh Omar. Madam dari Sijangkang. Di Shah Alam bertemu jua.. Tau apa tu jodoh?
Itulah dia.
Sebut pasal jawa memang tak disangkal makanan yang agak pemes di kalangan masyarakat java ialah Mee Jawa. Walaupun sekarang dah ramai orang bukan jawa yang buat, wa akan tetap anggap tu makanan tradisi jawa. Sama la macam mee bandung muar. Bukan kat muar je ada, di kokdiang, kuching, dan di mana mana. Ada luorang kisah? Takde rasanya kan? Hahaha..
Kali ni wa nak bawak luorang g kampung halaman madam. Sijangkang.
Lokasi dia dekat kampung sijangkang. Jalan nak ke banting dari klang. Kedai dia selepas Panglima City Auto (Toyota 3S Center). Maaflah nama kedai wa dah lupa sebab bila ke sana asik dok teringat makan je sampai nama kedai pun lupa nak ambik. Kalau lalu situ nampak kedai yang paling ramai orang itulah kedainya.
Menu yang ditawarkan memang simple habis dan murah ya amat. Mee Jawa Rm3.50 Nasi Ayam Rm4.50 Mee Kari Rm3.50 Mee Sup Rm3.50. Murah? Ya.
Yang top kat sini mee jawa tu lah. Yang lain tu biasa biasa saja.
Semua makanan ni mempunyai tahap kesedapan di skala 9/10 bagi wa. Servis pun cepat walauoun ramai orang. X nyesal la kalau singgah.
Kalau nak try satay pun bole. Saiz agak besar. Berbaloi la dengan harga 60/70 sen sebatang.
Gambar kat bawah ni ialah mee jawa. Nampak kepekatan kuahnya? Marbeles! Tengok pun dah tau sedap.
Rasanya tu je la kot pasal mee jawa ni.
Ada masa pegi cuba wokey?
Wa chow lu.
Selamat melantak!
Assalamualikum.
No comments:
Post a Comment