Tuesday, May 14, 2013

Jalan : Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum.
Apa kabar Kaki Kunyah sekalian?
Dah makan?

Mukadimah blog ni wa mulakan dengan tajuk kat atas. Ya! Burger!
Sape xtau macamana bentuk burger sila tanya pakcik google.

Since dari minggu pertama pregnancy, wife wa, Madam F memang suuuuuuuka sangat makan burger. Celik mata burger.nak tutup mata burger. Pendek kata tiap masa nak burger je.

Kebetulan masa tgh cari2 burger malam tu ( beberapa tahun lepas) dapat tahu yang ada satu kedai burger bakar baru bukak kat Sek.7 Shah Alam. So madam pun ajak try rasa seketul dua.

Waktu kami datang jam dah pun pukul 2200 lebih.so agak crowded jugakla. Lepas tunggu a few minutes, ada la meja kosong. Sama ada orang tu sengaja bagi seat kat kami sebab nampak madam dengan perut besarnya, atau memang dia dah habis melantak, wa pun xtau. (Next time klu nak makan kat kedai cuba bawak orang mengandung.for sure dapat seat dengan laju.haha). Apa apa hal pun, thanks brader sebab bagi seat!

Mula2 blur jugak nak order sebab belum tahu menu dia lagi. Salah order karang takut x kena dengan citarasa susah jugak. So wa pun malas nak fikir lebih2 buat senak otak je, lepas usha harga, wa suruh kakak cashier tu je yang suggest. Dia kata Supremo Beef Cheese tu tgh top. Katanya la. So wa pun order yg tu dengan tambahan extra chicken patty (extra patty rm5 sekeping).

Untuk madam, wa orderkan dia Supremo beef biasa je dengan extra cheese. Kitorg kalau makan burger mesti nak daging lembu.sebab ayam ni kurang juicy sikit lepas tu ayam kalau dah bakar daging jadi nipis. Tak macam lembu. Walau dah bakar, daging dia tetap tebal.

Kat sini lu boleh pilih menu tambahan yang luorang suka. Nak tambah cheese ke, nak set hotdog ke(50sen sebatang), lebih mayonis ke,nak cendawan lebih ke.

Yang best pasal Burger Bakar Abang Burn ni, air pilih la dari air sirap, air pepsi, mirinda dan lain2 air gas, cuma rm1 je. Dan nak tambah best lagi, REFILL PERCUMA. Lu bayar singgit, minumla sampai kembung! Mana nak dapat kedai mcm ni kat Lembah Klang ni weh? Over pulak wa promot. Haaa..

Lepas rasa seselais dua, memang ternyata sedap burger abang burn ni. Tapi memandangkan cheese yang wa mintak berlebih2, makan sebijik je dah rasa muak. Lain orang lain la citarasa dia kan?

Kalau luorang datang makan kat sini, lepas order burger, klu lu isap rokok sebatang, rasanya rokok pun belum sempat habis, mesti burger dah siap depan mata.

Lepas detik tu, wa terus jadi kastemer tetap abang burn. Sampai anak dah dua pun wa masih order menu yang sama kat situ. Menu skrg pun dah macam2 dah. Luorang boleh try Leleh. Daging burger dengan sos blackpepper. Pedas dia boleh tahan. Jiwa kental boleh la makan.

Abang Burn Sek7 Shah Alam bukak dari 1230tghari sampai 1200 tghmalam. So kalau luorang nak datang wa suggest datang sebelum pukul 8. Sebab time tu x ramai orang.lu baru duduk je dah sampai dah burger.
Gerenti puas hati beb.

Untuk maklumat lanjut luorang boleh pegi kat abangburn.com
Cawangan dia pun dah banyak sekarang.

Oklah, wa chow lu.
Akhir kata, selamat melantak!

No comments:

Post a Comment